UMBI Memperkasa Kepakaran Penjujukan Genom Melalui Program Sijil Profesional 2026
29 Oktober 2026, KUALA LUMPUR – UMBI telah berjaya menganjurkan Program Sijil Profesional Penjujukan Genom Siri Kelima yang berlangsung dari 29 September hingga 26 Oktober 2026. Seramai 17 orang peserta telah telah menyertai program ini, terdiri daripada ahli akademik dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi awam (UM, UPM, UITM dan UIAM), pakar perubatan dari hospital awam dan swasta (Pusat Perubatan UM, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Sunway Medical Centre), Jabatan Perhilitan, Institut Penyelidikan Veterinar serta wakil dari sektor swasta (Biomed Global dan Neoscience Neoscience Sdn Bhd).
—
SDG 4 | SDG 8 | SDG 17 – Education, Productivity, Knowledge sharing