UMBI Memenuhi Semua Syarat Skop Pemantauan Pematuhan Biokeselamatan

KUALA LUMPUR, 19 November 2026 – UMBI telah memenuhi semua terma dan syarat kelulusan yang ditetapkan dalam Lawatan Pemantauan Pematuhan Biokeselamatan oleh Seksyen Penguatkuasaan dan Pemantauan, Jabatan Biokeselamatan (JBK), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Lawatan ini bertujuan memantau pelaksanaan projek penyelidikan UKM bertajuk “CRISPR-based Technologies for the Identification of Transcriptional Regulatory Elements in Driving AGR2 Gene Overexpression in Breast Cancer”, selain menilai pematuhan Ketua Penyelidik, Ts. Dr. Mohamad Aimanuddin Mohtar, terhadap terma dan syarat kelulusan aktiviti kegunaan terkawal yang ditetapkan oleh Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK).

Lawatan pemantauan ini dikendalikan oleh Penolong Pengarah JBK, Puan Noor Ainal Nabilah binti Muhamad dan Puan Syazni Mardhiah binti Saleh, dan disertai oleh Ahli Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC), Prof. Madya Dr. Sharifah binti Syed Hassan. Turut hadir ialah Pegawai Biokeselamatan UKM, Puan Faridda Hannim Ahmad @ Hashim dan Ahli Jawatankuasa UKM-IBBC, Encik Clarence Ko Ching Huat.

Hasil pemantauan mendapati bahawa pelaksanaan aktiviti kegunaan terkawal bagi projek penyelidikan tersebut di UMBI telah memenuhi semua terma dan syarat kelulusan yang ditetapkan. Pasukan pemantau turut berpuas hati dengan pelaksanaan aktiviti berkenaan dan tiada ketidakpatuhan dikenal pasti sepanjang skop pemantauan lawatan ini.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen UMBI dan warga penyelidiknya dalam memastikan penyelidikan berasaskan teknologi pengubahsuaian genetik dilaksanakan secara bertanggungjawab, selamat dan selaras dengan keperluan perundangan serta garis panduan biokeselamatan yang berkuat kuasa.

—

Facebook UMBI | LinkedIn UMBI

SDG 3 | SDG 4 | SDG 8 | SDG 9 | SDG 16- Health, Education, Safe works, Scientific research, Governance