Festival Idea KPT 2021

 

Semua warga UMBI dipelawa menyertai Festival Idea KPT (https://foi.mohe.gov.my/). Terdapat 10 acara (tayangan atas talian) yg dijalankan sepanjang Julai – Ogos 2021. UMBI terpilih sebagi salah satu acara dan ditayangkan pada 22 Julai 2021 (rangkuman tujahan penyelidikan di UMBI).

https://foi.mohe.gov.my/collection/view/13?category=Masterclass

Jika anda mendaftar, anda boleh mendapat e-Sijil bagi setiap acara yg dijalankan.

 

Mengenai Festival Idea:

Hala Tuju Program;

i         Meraikan CETUSAN IDEA BAHARU sejajar dengan perkembangan pendidikan tinggi di era revolusi industri 4.0 melalui penglibatan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, rakan industri dan masyarakat.

ii            Memanfaatkan idea baharu dalam menyelesaikan isu dan pemasalahan yang dibangkitkan melalui JARINGAN KERJASAMA dan saling bersaing secara sihat.

 

Hasil Pelaksanaan Program;

i            Satu pengkalan data digital yang mengandungi KOMPILASI IDEA TANGIBLE termasuk isu, pemasalahan dan penyelesaian masalah.

ii             PENYELIDIKAN berasaskan pemasalahan semasa.

iii            Penghasilan PRODUK KANDUNGAN KREATIF TEMPATAN.

 

Objektif Program;

i           Menjana IDEA BAHARU & MENCABAR yang berpotensi untuk digarap melalui keterlibatan pihak kerajaan, para akademik, jaringan industri dan masyarakat

ii             Menghubungkan JARINGAN KERJASAMA antara pihak kerajaan, para akademik, jaringan industri dan masyarakat

iii          Memberi RUANG kepada pelajar universiti dalam meningkatkan kemahiran (upskilling) dalam menyelesaikan masalah bersama pakar dan penggiat industri

iv         Mencipta PELUANG bagi menggerakkan masyarakat ke arah kualiti hidup yang lebih tinggi dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju

Sumber: https://foi.mohe.gov.my/about