1.7.2026 – UMBI Terima Kunjungan Tokoh Antarabangsa bagi Memperkukuh Kerjasama dalam Perubatan Jitu

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) telah menerima kunjungan daripada dua tokoh terkemuka dunia dalam bidang perubatan dan penyelidikan genomik, ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐จ๐ซ ๐ƒ๐ซ. ๐’๐ž๐ซ๐ž๐ง๐š ๐๐ข๐ค-๐™๐š๐ข๐ง๐š๐ฅ ๐๐š๐ซ๐ข ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ฒ ๐จ๐Ÿ ๐‚๐š๐ฆ๐›๐ซ๐ข๐๐ ๐ž dan ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐จ๐ซ ๐ƒ๐ซ. ๐‚๐ก๐ข๐ฆ ๐‚. ๐‹๐š๐ง๐ , ๐๐š๐ซ๐ข ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ฒ ๐จ๐Ÿ ๐ƒ๐ฎ๐ง๐๐ž๐ž, bagi membincangkan potensi kerjasama penyelidikan dalam bidang perubatan jitu antara Malaysia dan United Kingdom.

Profesor Dr. Serena Nik-Zainal merupakan Profesor Genomic Medicine and Bioinformatics di University of Cambridge dan antara perintis terkemuka dunia dalam bidang genomik kanser. Beliau terkenal dengan penemuan ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ต๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ด๐˜ช๐˜จ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด dalam kanser yang telah memberi impak besar kepada pemahaman tentang perkembangan penyakit serta pembangunan pendekatan perubatan jitu. Beliau turut menerima pengiktirafan berprestij termasuk The Francis Crick Medal and Lecture daripada Royal Society serta Josef Steiner Cancer Research Award, selain dipilih sebagai Fellow Academy of Medical Sciences, United Kingdom.

Profesor Dr. Chim C. Lang pula merupakan Profesor Kardiologi di University of Dundee, United Kingdom. Beliau ialah pakar kardiologi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan kepakaran dalam kegagalan jantung, perubatan translasi dan penyelidikan klinikal, serta aktif dalam kerjasama akademik dan penyelidikan perubatan di peringkat antarabangsa.

Antara bidang kolaborasi yang berpotensi diteroka ialah penyelidikan genomik kanser payudara dengan memanfaatkan koleksi biospesimen serta data klinikopatologi yang tersedia melalui infrastruktur HCTMโ€“UMBI Biobank dan The Malaysian Cohort. Kepelbagaian latar belakang genetik dan demografi populasi Malaysia berpotensi menyumbang kepada pemahaman yang lebih menyeluruh tentang heterogeniti kanser payudara, termasuk variasi subjenis molekul, seni bina dan komposisi tisu tumor (tumour tissue architecture and composition), interaksi antara sel tumor dengan persekitaran mikro tumor serta corak perubahan genom dalam kalangan populasi yang kurang diwakili dalam pangkalan data genom antarabangsa. Gabungan analisis genom berskala besar, profil ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ต๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ด๐˜ช๐˜จ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด, data klinikal dan pencirian tisu beresolusi tinggi juga berpotensi mengenal pasti mekanisme biologi serta faktor genetik yang mempengaruhi perkembangan, heterogeniti dan tindak balas rawatan kanser payudara, sekali gus menyokong pembangunan penanda biologi (๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ณ) yang lebih relevan serta memperkukuh usaha ke arah stratifikasi risiko, pengesanan awal dan pemilihan rawatan secara lebih tepat. Selain itu, data genom dan fenotip berskala besar UMBI berpotensi digunakan untuk mengkaji kepelbagaian genetik populasi Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang etnik dan leluhur.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen UMBI untuk memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa serta memperluas penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang genomik, perubatan jitu, kanser, penyakit kardiovaskular dan kesihatan populasi. Kerjasama strategik antara UMBI dengan institusi terkemuka di United Kingdom diharapkan dapat mempercepat perkongsian kepakaran, pembangunan kapasiti penyelidikan, pertukaran penyelidik serta penghasilan penemuan saintifik yang berpotensi diterjemahkan kepada manfaat klinikal dan kesihatan awam.

Pautan Facebook
Pautan LinkedIn

SDG 3 | SDG 16 | SDG 17 – Diseases, Health, Wellbeing, Quality of Life, Strong institutions, Global partnership, Knowledge sharing