10.2.2026 – Tahniah Pelantikan Member of AHTEG on Synthetic Biology

10 Februari 2026 – Sekalung tahniah kepada Ts. Dr. Saiful Effendi Syafruddin atas pelantikan sebagai Member of the Technical Expert Group on Synthetic Biology (AHTEG) di bawah Convention on Biological Diversity (CBD), United Nations, berkuat kuasa 10 Februari 2026. Pelantikan ini mencerminkan pengiktirafan global terhadap kepakaran beliau dalam bidang biologi sintetik, biologi molekul dan biokeselamatan, serta peranan penting beliau dalam menyumbang kepada perbincangan saintifik dan pembangunan dasar di peringkat antarabangsa.

Semoga pelantikan ini terus membuka ruang kepada kerjasama global dalam memajukan sains, inovasi bioteknologi dan kelestarian biodiversiti.

Tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini.

Pautan Convention on Biological Diversity (CBD) on Synthetic Biology
Pautan Facebook UMBI

—
SDG 8, SDG 16, SDG 17 | Decent work, Productive employment, Strong institutions, Governance, Representative decision-making, Global partnership for sustainable development