13.02.26 – Asas CHRA & Latihan Pengisian Borang SeCHRA UKM

Pada 13 Februari 2026, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMBI telah menganjurkan latihan Asas CHRA & Latihan Pengisian Borang SeCHRA UKM yang bertempat di Auditorium UMBI. Latihan ini telah disampaikan oleh Cik Junaida Osman, Pegawai Sains Kanan UMBI yang juga merupakan Pengapit CHRA berdaftar dengan JKKP Malaysia. Aktiviti ini adalah untuk memberikan latihan dalam pengisian borang SeCHRA kepada semua warga terutamanya pengguna makmal yang mengendalikan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan. Borang SeCHRA adalah kaedah kawalan dalaman di UKM yang direka untuk mengenal pasti risiko bahan kimia berbahaya terhadap kesihatan pengguna. Borang ini berfungsi sebagai rujukan makmal untuk mengenal pasti risiko dan kaedah pengendalian bahan kimia berbahaya di makmal. Penilaian ini digunakan untuk membantu mengurangkan tahap pendedahan terhadap risiko bahan kimia berbahaya bagi pengguna. Sesi latihan ini dilaksanakan merujuk kepada Pekeliling Pusat Pengurusan RIsiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM) BIL. 6/ 2024: Arahan Kerja Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan Secara Kendiri (SeCHRA). Seramai dalam 23 peserta hadir yang terdiri daripada kakitangan UMBI, kakitangan TMC, pelajar UMBI, pembantu penyelidik dan pelajar latihan industri hadir. Penganjuran sesi latihan ini dilihat dapat menerapkan budaya tempat kerja selamat kepada semua pengguna.

 

 

 


SDG 3 | SDG 4 | SDG 16

SDG Keywords: Health | Wellbeing | Education | Safe work | Productivity | Knowledge sharing