13.3.2026 – Projek Terima Kasih (Edisi Ramadan) Anjuran Kelab Siswazah UMBI

Bersama Penasihat KSU, Ts. Dr. Mohamad Aimanuddin dan Dr. Ezanee Azlina
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ โ Kelab Siswazah Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (KSU) telah menganjurkan ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐๐ค ๐๐๐ซ๐ข๐ฆ๐ ๐๐๐ฌ๐ข๐ก (๐๐๐ข๐ฌ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง) sebagai satu inisiatif kebajikan bagi menghargai jasa petugas pembersihan dan pengawal keselamatan yang bertugas di UMBI.
Program ini bertujuan untuk menzahirkan penghargaan kepada golongan pekerja sokongan yang memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran kerja sentiasa bersih, selamat dan kondusif. Aktiviti utama program melibatkan pemberian sumbangan berbentuk pek makanan seperti barangan keperluan harian dan sumbangan duit raya kepada petugas pembersihan. Dana bagi menjayakan program ini diperoleh melalui kutipan sumbangan daripada warga UMBI yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan bermula dari 24 Februari 2026 hingga 6 Mac 2026.

Barangan sumbangan berupa pek makanan.
Program ini juga turut mendapat sambutan yang menggalakkan dan telah berjaya mencapai jumlah sasaran sumbangan sebanyak RM1000 dan diagihkan kepada 26 orang penerima yang terdiri daripada 6 orang petugas pembersihan dan 20 orang pengawal keselamatan. Selain membantu meringankan beban penerima, program ini juga telah memberikan impak positif kepada individu yang terlibat dalam pembentukan nilai empati, keprihatinan sosial dan mengukuhkan hubungan silaturahim antara warga universiti dan pekerja sokongan.

Pemberian sumbangan kepada pengawal keselamatan bertugas di UMBI

Pemberian sumbangan kepada kakitangan pembersihan UMBI.
Justeru, program ini sejajar dengan usaha universiti dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya dalam mengurangkan ketidaksamaan (SDG 10) dan membina komuniti yang inklusif (SDG 11). Secara keseluruhannya, Projek Terima Kasih (Edisi Ramadan) telah berjaya mencapai objektif dalam menyemai budaya menghargai serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga UMBI.
Disediakan oleh: Exco Kelab Siswazah UMBI 2025/2026
—
Pautan Facebook
—
SDG 10 | SDG 11 | SDG 16 – Equality, Community, Strong institutions