15.1.2026 – Tahniah Biobank TMC Terima Anugerah INSPIRA UKM 2026

15 Januari 2026 – Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga UMBI, khususnya pasukan Biobank The Malaysian Cohort (TMC), atas kejayaan meraih Tempat Kedua Anugerah Makmal Perkhidmatan Cemerlang sempena INSPIRA UKM. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Ruziah Shafei, diiringi oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail.

Pengiktirafan ini diberikan bagi menghargai kualiti, kecekapan dan profesionalisme perkhidmatan makmal di UKM, sekali gus membuktikan komitmen berterusan UMBI dalam memastikan perkhidmatan makmal bertaraf tinggi dan mematuhi piawaian kecemerlangan. Kejayaan ini merupakan hasil usaha berpasukan, dedikasi serta budaya kerja berkualiti yang menjadi teras kecemerlangan UMBI. Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dan kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah dan teruskan kecemerlangan!

Pautan Facebook Rasmi UMBI


SDG 8 | Decent work, Innovation, Productivity