
17 Februari 2026 – Sekalung tahniah kepada Ts. Dr. Saiful Effendi Syafruddin atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik oleh Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan, bagi tempoh 17 Februari 2026 hingga 16 Februari 2028.
Pelantikan ini merupakan pengiktirafan terhadap kepakaran beliau dalam bidang biologi molekul, biokeselamatan dan teknologi pengubahsuaian genetik, serta komitmen beliau dalam menyokong pembangunan dasar dan tadbir urus bioteknologi yang bertanggungjawab di Malaysia.
Semoga pelantikan ini terus memperkukuh sumbangan beliau dalam memajukan penyelidikan, inovasi dan keselamatan biologi di peringkat negara.
Pautan Facebook UMBI
—
SDG 8, SDG 16 | Decent work, Productive employment, Transparency, Governance, Representative decision-making