Penerimaan Pelajar Latihan Industri/Sangkutan di UMBI

Mulai Mac 2017, UMBI membuka peluang kepada semua pelajar IPTA/IPTS bukan sahaja dalam bidang sains untuk mengikuti latihan industri/sangkutan di UMBI malah dalam pelbagai jurusan seperti berikut:

  1. Perakaunan
  2. Kejuruteraan
  3. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
  4. Sains Sosial
  5. Sains Kemasyarakatan/Komunikasi
  6. Pengurusan dan Pentadbiran

Saudara/saudari yang berminat, boleh lengkapkan borang mengikuti latihan industri/sangkutan dan menghantarnya sama ada melalui emel kepada norsuzana@ppukm.ukm.edu.my atau pos ke alamat berikut:

Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Pusat Perubatan UKM
Jalan Yaacob Latiff
Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur.
(u.p : Pn. Farliza Zakaria)