29.01.26 – Latihan Daftar Bahan Kimia (Peraturan 5 USECHH 2000)

Pada 29 Januari 2026, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMBI telah menganjurkan Latihan Pengisian Daftar Bahan Kimia (Peraturan 5 USECHH 2000) yang bertempat di Auditorium UMBI. Latihan ini telah disampaikan oleh Cik Junaida Osman, Pegawai Sains Kanan UMBI yang juga merupakan Pengapit CHRA berdaftar dengan JKKP Malaysia. Semua aktiviti di bawah anjuran JKKP ini bertujuan memastikan para pengguna makmal memahami keperluan dan mengaplikasi mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Seramai dalam 66 peserta hadir yang terdiri daripada kakitangan UMBI, kakitangan TMC, pelajar UMBI, pembantu penyelidik dan pelajar latihan industri hadir. Penganjuran sesi latihan ini dilihat dapat menerapkan budaya tempat kerja selamat kepada semua pengguna.

 

 


SDG 3 | SDG 4 | SDG 16

SDG Keywords: Health | Wellbeing | Education | Safe work | Productivity | Knowledge sharing