12.03.2026 – Ceramah Ramadan 2026

Seluruh Warga UMBI telah meraikan Program Ceramah Ramadhan 2026 yang telah diadakan pada 12 Mac 2026. Program ceramah Ramadhan ini adalah bertujuan untuk menerapkan pengisian rohani di bulan yang mulia dan mengekalkan silaturahim sesama warga kerja UMBI.

Ceramah Ramadhan 2026 dimulakan di Auditorium UMBI dengan tajuk ceramah ‘Ramadhan Penuh Barakah’ yang telah disampaikan oleh Ustaz Khairil Khuzairi Omar daripada Pusat Islam UKM. Sambutan amat menggalakkan dan seramai 77 warga UMBI telah hadir yang terdiri daripada kakitangan UMBI, kakitangan TMC, pelajar siswazah, pembantu penyelidik dan pelajar Latihan Industri.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Prof. Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad, Pengarah UMBI di akhir sesi ceramah. Ahli Jawatankuasa penganjur juga telah menyediakan pek makanan untuk berbuka puasa sebagai tanda penghargaan kepada semua warga UMBI yang hadir dan semoga penyertaan daripada semua warga UMBI mendapat manfaat dan keberkatan daripada perkongsian yang disampaikan dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Oleh: Nooranizah Amdan

___

SDG 3 | SDG 4 | SDG 16

SDG Keywords: Health | Wellbeing | Education | Safe work | Productivity | Knowledge sharing