Audit Dalaman 5S HCTM Bil.1/2022

5 Oktober 2022 – UMBI telah menerima kehadiran daripada Juruaudit dari Program Amalan 5S HCTM bersempena dengan Audit Dalaman 5S HCTM Bil.1/ 2022. Audit 5S ini merupakan salah satu aktiviti berkala yang dijalankan oleh Program Amalan 5S HCTM ke setiap jabatan di HCTM. Juruaudit yang hadir untuk audit di UMBI adalah Puan Nazariah Abdul Rahim dari Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik HCTM. Wakil UMBI yang turut mengiring adalah Puan Nur Nadia Razali (Fasilitator Amalan 5S UMBI), Cik Junaida Osman (Ketua Zon Makmal UMBI), Puan Norwahida Mohd Yunus (Ketua Zon Pentadbiran,UMBI), Puan Afifah Awang (Ketua Zon Pentadbiran TMC) serta Penyelaras Aras yang terlibat di dalam audit ini.

Audit yang dilakukan melibatkan kawasan pejabat, makmal serta ruang umum UMBI. Ini melibatkan lokasi Pejabat Pentadbiran UMBI (aras 9 dan 8), Pejabat Pentadbiran TMC (aras 7 dan 6), makmal-makmal di aras 3 dan aras 1.

Pihak UMBI mengucapkan terima kasih di atas segala pandangan serta cadangan penambahbaikan yang telah diberikan sepanjang audit ini.