Audit Dalaman Bersepadu SPKPPP UKM 2025 Berlangsung Dengan Jaya

Pada 4 Februari 2025 (Selasa), telah berlangsung sesi Audit Dalaman Bersepadu Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian dan Perkhidmatan (SPKPPP) UKM 2025 ke atas UMBI. Audit berpusat ini dijalankan di Bilik Mesyuarat Utama UMBI, Aras 9, bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini turut disertai oleh pengurusan tertinggi UMBI, pengurusan kualiti UMBI, dan pengurusan makmal UMBI.

Panel penilai diketuai oleh Prof. Madya Dr. Dalbir Singh A/L Valbir Singh dari Fakulti Teknologi Sains Maklumat, dan dibantu oleh En. Jasmin Jasmi dari Jabatan Bendahari, Kampus JRM. Kedua-dua panel penilai telah memberikan penilaian yang komprehensif terhadap pelbagai aspek pengurusan pengajian dan perkhidmatan yang dilaksanakan di bawah SPKPPP.

Panel penilai telah memberikan maklum balas konstruktif dan cadangan penambahbaikan terhadap beberapa perkara disamping memuji amalan baik, komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat dalam menjayakan audit ini.

Secara keseluruhan, Audit Dalaman Bersepadu SPKPPP UKM 2025 terhadap UMBI kali ini telah berjaya mencapai objektifnya. Program ini bukan sahaja memberikan gambaran menyeluruh tentang status semasa sistem pengurusan kualiti SPKPP di UMBI, malah turut memberikan panduan berharga untuk penambahbaikan berterusan. Dengan pelaksanaan cadangan yang dikemukakan, diharapkan UMBI akan terus mengekalkan kecemerlangan dalam pengurusan pengajian dan perkhidmatan yang disediakan kepada semua pemegang taruh.