Audit Pengawasan I SIRIM (MS ISO 9001:2015)

 

Pada 8 Mei 2025 (Khamis), telah berlangsung sesi Audit Pengawasan I SIRIM (MS ISO 9001:2015) ke atas UMBI. Audit ini dijalankan di Bilik Mesyuarat Utama UMBI, Aras 9, bermula dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Program ini turut disertai oleh pengurusan tertinggi UMBI, pengurusan kualiti UMBI, dan pengurusan makmal UMBI.

Auditor, Puan Maznah binti Mat Isa daripada SIRIM telah memberikan penilaian yang komprehensif terhadap pelbagai aspek pengurusan pengajian dan perkhidmatan yang dilaksanakan di bawah SPKPPP. Tiada NCR (CA) dan OFIS (PA) yang direkodkan di dalam penilaian ini. Walau bagaimapun, empat (4) cadangan secara lisan telah dikemukakan kepada UMBI. Antaranya ialah penambahbaikan carta alir pemilihan dan pengambilan RA/GRA UMBI dan potensi ke arah paperless terhadap dokumen-dokumen/pembuktian yang boleh diakses daripada system UKM.

Dengan pelaksanaan cadangan yang dikemukakan, diharapkan UMBI akan terus mengekalkan kecemerlangan dalam pengurusan pengajian dan perkhidmatan yang disediakan kepada semua pemegang taruh.


SDG 4 | SDG 8 | SDG 16

Keywords: Education, Decent work, Productivity, Transparency, Governance