Ceramah Kecederaan Tusukan Tajam (Sharp Injury)

Oleh: ChM. Nur Nadia Razali

23 April 2025 – Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, JKKP UMBI telah menganjurkan Ceramah Kecederaan Tusukan Tajam (Sharp Injury) pada hari Rabu, 23 April 2025, jam 2.30 petang. Ceramah dua jam ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga UMBI mengenai langkah pencegahan dan tindakan susulan sekiranya berlaku kecederaan tusukan akibat peralatan radas makmal seperti tabung uji, gelas aras, buret dan pipet kaca.

Ceramah ini disampaikan oleh Encik Muhammad Azmeerullah Mohd Amir, Pegawai Sains Kanan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM, dan dihadiri oleh 65 peserta yang terdiri daripada felo penyelidik, setiap lapisan kakitangan UMBI dan pelajar siswazah UMBI.

Sorotan utama ceramah mengandungi:
1. Pelan Intervensi Pencegahan: Penerangan tentang pencegahan primer, sekunder dan tersier.
2. Statistik dan Punca Insiden: Data terkini insiden kecederaan tusukan, dengan jarum suntikan dan serpihan kaca sebagai punca utama.
3. Langkah Pencegahan & Prosedur Pascainsiden: Teknik selamat mengendalikan sharp, rawatan awal kecederaan, dan protokol pelaporan.