Ceramah Pengurusan Psikologi semasa Pandemik COVID-19

Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) akan menganjurkan Ceramah Pengurusan Psikologi Semasa Pandemik Covid-19 yang disampaikan oleh YBhg Prof Dr Normala Ibrahim yang merupakan professor dan pakar perunding psikiatri di Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berkongsi maklumat berkaitan gangguan psikologi semasa pandemik Covid 19. Dalam perkongsian tersebut, beliau telah menerangkan kepada pelajar dan kakitangan UMBI bagaimana mengetahui tanda-tanda gangguan psikologi dan memberikan panduan atau tips menguruskan gangguan psikologi semasa pandemik Covid 19. Perkongsian ini dibuat secara atas talian melalui aplikasi Zoom pada 10 Disember 2021 (Jumaat) jam 2.30 petang. Satu perkongsian yang amat bermanfaat dan berguna.