Forum Kesedaran Obesiti: Risiko dan Intervensi

13 Julai 2025 – Lebih daripada 80 orang peserta telah menghadiri Forum Kesedaran Obesiti: Risiko dan Intervensi, di bawah Program Pendayaan Komuniti Kementerian Kewangan Malaysia – Universiti Awam (Komuniti@UniMADANI). Forum yang dilaksanakan di Auditorium UMBI merupakan salah satu program di dalam Projek Menangani Obesiti – Intervensi dan Penggunaan Wearable ke Arah Komuniti Sihat Sejahtera dan Madani.
Pelaksanaan forum ini bertujuan berkongsi dapatan akhir kepada peserta disamping menyediakan satu platform kesedaran kesihatan kepada semua peserta. Ini termasuklah memahami kepentingan dan kebaikan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan meningkatkan kesedaran berkenaan penyakit obesiti kepada komuniti.Ahli panel yang terlibat di dalam forum ini adalah PM. Dr. Nor Azian, Pengarah UMBI dan selaku Ketua Projek, Prof. Dr. Azmawati Mohammed Nawi (Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM), Dr. Nor Farah Mohamad Fauzi (Pakar Aktiviti Fizikal, Fakulti Sains Kesihatan UKM), Dr. Ilhan Ismail (Pakar Endokrinologi, Jab. Perubatan HCTM) dan Dt. Samirah Taufiq Abdul Wahid (Pakar Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, UKM). Sesi forum dimudah cara oleh Prof. Madya Ts. Dr. Chin Siok Fong, Timbalan Pengarah UMBI sebagai moderator.
Hadir sama di dalam program ini ialah En. Ahmad Farid bin Ahmad, Ketua Penolong Setiausaha, Pengurusan Strategik Badan Berkanun (Kementerian Kewangan Malaysia) dan Dr. Aida Hanim Hamid, Pengarah Pusat Jaringan Industri & Komuniti UKM (I-KOM). Program ini dimulakan dengan pembentangan rumusan oleh Prof. Madya Dr. Nor Azian diikuti dengan sesi forum dan seterusnya sesi soal jawab dengan para peserta. Program diteruskan dengan ujian iFOBT untuk saringan awal kanser kolorektal dan pengukuran komposisi badan.
Diharapkan program dan kerjasama strategik antara UMBI, UKM dan Kementerian Kewangan Malaysia ini dapat terus menyumbang ke arah kesihatan dan kesejahteraan masyarakat yang mampan, selari dengan matlamat pembangunan nasional.
Bacaan lanjut berkaitan:

Sesi forum di dalam Auditorium UMBI yang melibatkan lebih daripada 80 peserta.

Dari kiri: Dt. Samirah Taufiq (FSK UKM), Dr. Ilhan Ismail (Jab. Perubatan HCTM), Prof. Dr. Azmawati (FPer UKM), Dr. Nor Farah (FSK UKM), Dr. Aida Hanim (Pengarah I-KOM), PM. Dr. Nor Azian (Pengarah UMBI & Ketua Projek), En. Ahmad Farid (MOF) dan PM Ts. Dr. Chin Siok Fong (Timbalan Pengarah UMBI).

Sesi pendaftaran untuk ujian saringan kanser kolorektal.
SDG 3 | SDG 4 | SDG 17
Keywords: Health | Wellbeing | Education | Innovation | Partnership | Knowledge sharing