
24 November 2025 – Majlis Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah UKM Kampus Kuala Lumpur 2025 telah berlangsung pada 21 November 2025 bertempat di Auditorium Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Seramai 104 graduan dari Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Farmasi, Fakulti Pergigian dan Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) telah menerima pengiktirafan daripada penyelia masing-masing dalam acara Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah sebagai simbol menamatkan pengajian di peringkat kedoktoran di UKM.


Pada sebelah petang, UMBI mengadakan majlis istimewa untuk meraikan penyelia dan lapan (8) orang graduan yang telah berjaya melengkapkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dan Sarjana seperti berikut:
- Dr. Nurul Nadia Mohamad Zamberi
- Dr. Syazalina Zahari
- Dr. Nurul Ainaa’ Adilah Rus Bakarurraini
- Kee Ooi Ting
- Nurshahirah Ashikin Moidu
- Nurul Humaira Mohd Redzuan
- Alyssa Leong Zi Xin
- Johannes Low Jun Wei

Graduan UMBI telah selesai menyempurnakan sesi bergraduasi pada Sidang ke-3, 23 November 2025 di dalam Majlis Konvokesyen ke-53 UKM di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM yang berlangsung mulai 22 November sehingga 4 Disember 2025.
UMBI merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada semua graduan dan sekalung penghargaan kepada barisan penyelia.
—
SDG 4 | Quality Education