Selamat Menyambut Hari Kanser Sedunia 2025

Selamat Menyambut Hari Kanser Sedunia 2025

Kanser bukan sekadar satu diagnosis perubatan—ia adalah sebuah kisah perjalanan peribadi yang mendalam. Di sebalik setiap diagnosis, terdapat sebuah kisah unik— kisah tentang kesedihan, kesakitan, penyembuhan, ketabahan, kasih sayang, kekeluargaan dan pelbagai lagi.

Justeru, pendekatan jitu dan kendiri untuk setiap insan dalam penjagaan kanser, yang mengintegrasikan keperluan unik perubatan jitu dan penjagaan kesihatan tersendiri untuk setiap individu, adalah kunci kepada hasil kesihatan dan kualiti hidup yang terbaik.

Selama 2 dekad Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) telah menggembleng tenaga dan sumber di dalam penyelidikan kanser dalam usaha membangunkan kaedah Perubatan Jitu (Precision Medicine) yang akan membantu pesakit kanser dirawat secara unik, berkesan dan seterusnya meningkatkan jangka hayat pesakit di samping memperbaiki kualiti hidup dan sosioekonomi pesakit.

Semoga UMBI akan terus kekal menerajui bidang Perubatan Jitu di Malaysia dan menyatukan semua pihak dalam memberikan penjagaan kesihatan dan memenuhi keperluan unik pesakit kanser di mana sahaja mereka berada.

United by Unique