Hari Terbuka UMBI 2023

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Bersempena Sambutan 20 tahun penubuhan kami, Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) amat berbesar hati menjemput semua orang awam dan masyarakat Malaysia berbilang kaum ke aktiviti HARI TERBUKA UMBI seperti maklumat berikut:

Tarikh: 10 Mei 2023 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI), Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras KL
Waze : https://waze.com/ul/hw283du3m1

🥰Apa yang menarik pada Hari Terbuka UMBI ini?
🔬Pameran berkonsepkan sains dan perubatan
🧬Lawatan ke biobank terbesar di Asia Tenggara
🩺Pemeriksaan kesihatan percuma! – 60 pengunjung terawal
🎁 Cenderahati untuk 60 pengunjung terawal

Jom beramai-ramai memeriahkan Hari Terbuka UMBI dengan mendaftar lebih awal di sini : https://bit.ly/htumbi2023

Layari https://www.ukm.my/umbi/sambutan-hari-terbuka-umbi-2023/ untuk maklumat lanjut.

Jumpa nanti…..