HEBAHAN DAN JEMPUTAN KE EKSPO PENDIDIKAN “JOM MASUK UKM” 2022 UKMSHAPE
Adalah sukacita dimaklumkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape) buat pertama kalinya akan mengadakan Ekspo Pendidikan Jom Masuk UKM 2022 pada tarikh dan masa seperti berikut:
Tarikh : 3 September 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi- 5.00 petang
Tempat : Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (DTAMS), UKM Bangi
Penganjuran Ekspo Pendidikan Jom Masuk UKM 2022 bertujuan untuk memberi informasi berkaitan program-program akademik yang ditawarkan UKM kepada pihak umum bagi ambilan 2022/2023 serta meningkatkan jaringan kerjasama di antara UKMShape bersama pihak Fakulti, Institut, Pusat dan pihak Industri luar UKM.
Sehubungan dengan itu, UKMShape dengan berbesar hatinya menjemput semua warga UKM untuk bersama-sama hadir ke Ekspo Pendidikan Jom Masuk UKM 2022 bagi memeriahkan program yang dianjurkan ini.
Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang program berlangsung termasuklah Sesi Perkongsian Bersama Alumni dan Duta UKM, Pocket Talk, Cabutan Bertuah, Persembahan Selebriti, Permainan Interaktif dan bermacam-macam lagi.
Pihak UKMShape juga mohon kerjasama semua Warga UKM sekiranya dapat bersama-sama membantu menghebahkan jemputan Ekspo Pendidikan Jom Masuk UKM 2022 ini kepada keluarga dan rakan kenalan yang ingin mendapatkan info berkenaan maklumat program-program yang ditawarkan di UKM.
Kehadiran dan sokongan semua Warga UKM ke Ekspo Pendidikan Jom Masuk UKM 2022 UKMShape adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
#jommasukukm
#UniversitiWatanKita