IKLAN Kekosongan Pascasiswazah (GRA MSc) di UMBI, UKM (PPUKM)

Kekosongan Pascasiswazah (GRA MSc) di UMBI, UKM (PPUKM)

Kekosongan terbuka kepada calon yang memiliki latar belakang dan minat yang tinggi dalam bidang Biologi Molekul Perubatan dengan Ijazah Sarjana Muda Bioperubatan/Biologi Molekul/Biokimia/bidang yang berkaitan (CGPA> 3.0). Kemahiran berbahasa Inggeris dan Bahasa Melayu adalah diutamakan. Pemohon yang berjaya akan menjalankan projek penyelidikan dalam pengenalpastian mekanisme “autophagy “ dalam Kanser Kolorektal.

 

Tajuk dan tempoh penyelidikan adalah seperti berikut:

Tajuk: Elucidating The Role of Autophagy in LRG1-mediated Colorectal Cancer

Geran Penyelidikan: Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)

Tempoh: 1 Jan 2019 – 31 Dis 2020

 

Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Kajian akan dijalankan di Institut Perubatan Molekul (UMBI), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur.

Calon yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan resume terperinci, transkrip akademik beserta surat iringan melalui e-mel kepada muhamadizham@ukm.edu.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Muhamad Izham di 603-9145 9040 atau Pn. Nooranizah di 603-9145 9032.

Tarikh tutup:
31 Januari 2019 (Khamis)