Jemputan Ke Syarahan Umum YBHG. Profesor Datuk Dr. A Rahman A Jamal

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera

YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE SYARAHAN UMUM YBHG. PROFESOR DATUK DR A RAHMAN A JAMAL

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Siswazah Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato`/Datin/Tuan/Puan ke Syarahan Umum YBhg. Profesor Datuk Dr. A Rahman A Jamal seperti maklumat berikut:

 

Tajuk : Kecemerlangan dalam Penyelidikan: Petua dan Panduan Praktikal untuk Penyelidik Muda “Research Excellence: Practical Tips and Guidance for Aspiring Researcher”

Penceramah : YBhg. Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal

Tarikh : 17 Mac 2023 (Jumaat)

Masa : 9.00 – 10.00 pagi

Tempat : Auditorium, UMBI & FB Live (https://www.facebook.com/umbi.ukm)

 

Syarahan percuma ini terbuka kepada semua warga UKM dan tempoh pendaftaran dibuka sehingga 13/03/2023. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran: https://forms.gle/H2UXEDuRpoExeVdu9

Jamuan ringan akan disediakan bagi peserta yang hadir secara fizikal. Kehadiran akan direkodkan melalui Sistem Urus Bakat UKM. Sebarang pertanyaan boleh e-mel kepada: siswa.umbi@gmail.com

 

Sekian, terima kasih.

Sekretariat Penganjur Syarahan Umum
Kelab Siswazah UMBI