Jemputan Sukarelawan bagi MSB Healthy untuk Projek MySero Biome

Kami menjemput WARGANEGARA MALAYSIA berumur 35 hingga 65 tahun  yang memenuhi kriteria untuk menyertai Projek The Malaysian Cohort di bawah subprojek MySero Biome. Peserta yang terpilih akan menjalani ujian saringan kesihatan secara PERCUMA bersama kami yang merangkumi pemeriksaan berikut:

  • Pengukuran Tekanan Darah
  • Pemeriksaan Darah (ujian glukosa, kolesterol, dan kiraan darah penuh)
  • Analisis Komposisi Badan
  • Pengukuran Indeks Jisim Tubuh (IJT), Ukurlilit Pinggang dan Pinggul
  • Analisis Ujian Darah dan Air Kencing

Mari bersama-sama menyumbang kepada kemajuan sains dan kesihatan negara! Sekiranya anda, atau ahli keluarga anda berumur 35 hingga 65 tahun dan berminat untuk menyertai, sila hubungi pasukan kami untuk maklumat lanjut.

📞 Hubungi kami di: 03- 9145 9110 / 03- 9145 9037 / 03- 9145 9103
📧 E-mel: managementcohort@gmail.com