Jerayawara Pusat Idea dan Kluster Penyelidikan ke UMBI & FTSM

Pada 7 Ogos 2020, Pusat IDEA UKM telah mengadakan Siri Jerayawara Ekosistem Penyelidikan UKM sempena penstrukturan semula Ekosistem Penyelidikan UKM dan pembentukan Kluster Penyelidikan UKM. Program ini bertujuan untuk menyampai dan berkongsi maklumat berkaitan hal-ehwal penyelidikan dan inovasi, penstrukturan ekosistem penyelidikan dan pembentukan lima Kluster Penyelidikan UKM yang baharu kepada semua warga penyelidik di UKM. Program ini juga diharapkan dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada semua lapisan warga UKM dalam usaha membudayakan penyelidikan yang berkualiti dan berimpak.

Melalui program ini, Pengarah Pusat IDEA UKM, Prof. Ir. Dr. Mohd Sobri Takriff mengucapkan tahniah kepada UMBI kerana 94% peratus Felo Penyelidik UMBI telah mendaftar data di Portal UKM Sarjana  yang baru dilancarkan (atas peratusan tertinggi). Pengarah CRIM, Prof. Dr. Ismanizan Ismail juga mengucapkan tahniah pada Felo UMBI kerana mendapat kelulusan dana GUP sebanyak 50% (4 dari 8 permohonan) berbanding kelulusan purata PTJ UKM sekitar 20-30%. Pengarah UMBI, Prof.Madya Dr Nor Azian Abdul Murad juga sempat berkongsi perkembangan terkini rangkaian penyelidikan termasuk rentas disiplin seperti penyelidikan bersama FST dan IMEN. Lawatan ke institut dan fakulti lain juga sedang diusahakan bagi  menyemarakkan lagi kajian rentas bidang di fakulti dan institut. Ketua Kluster Penyelidikan Kesihatan & Perubatan Termaju, Profesor Dr Norfilza Mohd Mokhtar juga berkongsikan perkembangan semasa kluster di mana telah mewujudkan 11 jawatan kuasa dan penglibatan 2 Felo di UMBI iaitu Prof Madya Dr Neoh Hui Min dan juga Dr Mohd Aimanuddin Mohtar.

Program ini telah dihadiri 30 kakitangan UMBI dari pengurusan tertinggi serta seluruh warga UMBI yang berlangsung secara video konferen di Auditorium UMBI.

Foto program: https://photos.app.goo.gl/QNjm94fUqViJNSqY9