Jualan Preloved UMBI

Jawatankuasa Kebajikan, Rekreasi dan Pameran (JKRP) UMBI bersama Kelab Siswazah UMBI telah berjaya melaksanakan Jualan Preloved UMBI pada 14 hingga 16 Mei 2025. Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan budaya kitar semula dan penggunaan semula barangan berkualiti, mengumpul dana untuk Tabung Pendidikan & Pembelajaran UMBI serta meyokong aktiviti pembelajaran dan pembangunan akademik pelajar. Jumlah barangan yang telah dianggarkan melebihi 100 item yang merangkumi pelabagai kategori, pakaian, buku, kasut dan lain-lain.

