Kolaborasi Penyelidikan UKM-University of Dundee, UK

Delegasi UKM yang diwakili oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM, YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla, Pendaftar UKM dan YBhg. Prof. Datuk Dr. Muhammad bin Hussin, Pengarah UKM Shape, telah mengadakan kunjungan hormat ke University of Dundee, Scotland. Delegasi UKM telah disambut oleh Naib Canselor University of Dundee, Prof Iain Gillespie, seorang pakar mikrobiologi tersohor dan Prof Dr Chim Choy Lang, Profesor Kardiologi dan juga Profesor Ulung UMBI.

Antara kandungan perbincangan ialah kerjasama yang erat dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan bersama, pertukaran pelajar dan teknologi serta peluang untuk mengadakan kursus-kursus baharu yang mendapat pensijilan oleh kedua-dua buah universiti.

Sumber : https://www.facebook.com/umbi.ukm/
Artikel berkaitan : https://www.ukm.my/umbi/prime/