Kolaborasi UKM-Oxford

Delegasi UKM yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman telah mengadakan lawatan kerja luar negara yang bertujuan untuk melonjakkan kolaborasi antarabangsa pada 17hb Mac 2022, bertempat di Big Data Institute, Nuffield Department of Population Health, University of Oxford, UK.

Pasukan UKM telah disambut oleh Professor Sarah Lewington, Professor Sir Rory Collins, British Heart Foundation Professor of Medicine dan Epidemiology merangkap ketua Pegawai Eksekutif UK Biobank, Professor Phillip Clarke, Professor of Health Economics, Professor Coloin Baigent dan Professor Cecilia Lindgren, Professor of Genomics of Endocrinology and Metabolism. Turut hadir, ahli Lembaga Pengarah Universiti UKM, YBhg. Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie, Pendaftar UKM YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Bin Sadakkuthulla, Pro Naib Canselor Kampus KL UKM, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Bin Harunarashid dan Pengarah UKM Shape Prof Datuk Dr Muhammad Bin Hussin.

Antara perbincangan dua hala yang melibatkan dua universiti ini ialah kerjasama dan kolaborasi yang lebih erat dalam bidang kepakaran, penyelidikan berimpak tinggi, pertukaran pelajar, pengajaran dan geran penyelidikan antarabangsa. UKM sedang bergerak ke arah penubuhan Health Technopolis dan Big Data and Digital Health merupakan antara bidang penting dalam pelaksanaan inisiatif ini. Kolaborasi bersama rakan startegik seperti Universiti Oxford pula memainkan peranan yang dalam meningkatkan pengantarabangsaan UKM.

Pada masa ini ada beberapa projek penyelidikan bersama yang sedang berjalan antara UKM dan Oxford University. Antaranya ialah projek ‘Obesity and Non-communicable Disease in Malaysia: An Imaging Study of 6000 Adults in the Malaysian Cohort Study’ yang diketuai oleh Prof Madya Dr Nor Azian Murad, Pengarah UMBI dan Professor Sarah Lewington. Projek yang mendapat geran sebanyak RM 994,000 ini mengkaji hubungan lemak dan taburan dalam badan dengan penyakit tidak berjangkit (NCD), menggunakan MRI dalam kalangan peserta The Malaysian Cohort Project. Selari dengan prakarsa SIHAT TERAS UKM dan 7 Pelan Strategik KPT, UKM bersama universiti ternama ini berusaha melaksanakan pelbagai bentuk penyelidikan berimpak tinggi demi kesejahtaraan rakyat.

#UKM #UKMSharing #UniversitiWatanKita

Sumber : https://m.facebook.com/story.php story_fbid=5045379945518722&id=366371043419659&m_entstream_source=timeline

UKM Terajui Kajian Obesiti dan Penyakit Tidak Berjangkit bersama University of Oxford