Laporan Bengkel “Extracellular Vesicles Characterization via Flow Cytometry”

09 Julai 2025 – Buat julung kalinya, UMBI dengan kerjasama mySEV dan CanVIO telah berjaya menganjurkan Extracellular Vesicles Characterization via Flow Cytometry: A Hands-on Workshop pada 20-21 Mei 2025 yang lalu. Bengkel ini menampilkan 5 penceramah berikut; Dr. Farid Nazer Faruqu (Universiti Malaya), Dr. Siti Aminah (Ming Medical), Mr. Aaron Heng (Miltenyi Biotec), Prof. Madya Dr. Nadiah Abu (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Prof. Madya Dr. Law Jia Xian (Universiti Kebangsaan Malaysia). Seramai 6 orang peserta telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada pensyarah universiti awam dan swasta, juruteknologi makmal perubatan, kakitangan penyelidik makmal swasta dan pelajar pascasiswazah universiti awam.

Bengkel dua hari ini memberi pendedahan kepada peserta berkenaan teori dan latihan praktikal dalam teknik pencirian EVs menggunakan multiplex flow cytometry, dengan penekanan terhadap aplikasi teknik ini dalam pelbagai bidang penyelidikan seperti sel stem, biomarker bagi penyakit dan perubatan regeneratif. Peserta turut mempelajari cara menganalisis data EVs yang mereka perolehi dalam bengkel ini.

Bengkel ini turut menyediakan peluang untuk jaringan profesional antara penyelidik EVs bagi membincangkan pencapaian dan permasalahan yang dialami sepanjang mengendalikan projek penyelidikan berkaitan EVs memandangkan bidang ini masih baharu di Malaysia dan semakin berkembang pesat kini.

Laporan oleh: Siti Nur Hasanah Mohd Yusuf

SDG 3 | SDG 4 | SDG 8

SDG Keywords: Diseases | Precision medicine | Education | Decent work | Productivity