Latihan Daftar Bahan Kimia dan SeCHRA anjuran JKKP UMBI
Pada 17 Januari 2025 dan 22 Januari 2025, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMBI telah menganjurkan 2 latihan berkaitan pengurusan bahan kimia iaitu Latihan Pengisian Daftar Bahan Kimia Format UKM dan Latihan Pelaksanaan & Pengisian Borang SeCHRA Makmal yang bertempat di Auditorium UMBI. Latihan ini telah disampaikan oleh Cik Junaida Osman, Pegawai Sains Kanan UMBI yang juga merupakan Pengapit CHRA berdaftar dengan JKKP Malaysia.


Objektif LatihanPengisian Daftar Bahan Kimia Format UKM adalah untuk memperkenalkan format senarai bahan kimia baharu dengan merujuk Pekeliling Pusat Pengurusan RIsiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM) Bil. 8/ 2024: Daftar dan Inventori Bahan Kimia UKM. Senarai baharu ini selaras dengan keperluan Peraturan 5 dan 25 di dalam USECHH 2000. Sesi ini melibatkan latihan praktikal oleh semua warga yang hadir agar mahir dan mematuhi tatacara yang betul di dalam pengisian senarai daftar bahan kimia baharu ini.


Bagi objektif Latihan Pelaksanaan & Pengisian Borang SeCHRA Makmal pula, adalah untuk memberikan latihan dalam pengisian borang SeCHRA kepada semua warga terutamanya pengguna makmal yang mengendalikan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan. Borang SeCHRA adalah kaedah kawalan dalaman di UKM yang direka untuk mengenal pasti risiko bahan kimia berbahaya terhadap kesihatan pengguna. Borang ini berfungsi sebagai rujukan makmal untuk mengenal pasti risiko dan kaedah pengendalian bahan kimia berbahaya di makmal. Penilaian ini digunakan untuk membantu mengurangkan tahap pendedahan terhadap risiko bahan kimia berbahaya bagi pengguna. Sesi latihan ini dilaksanakan merujuk kepada Pekeliling Pusat Pengurusan RIsiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM) BIL. 6/ 2024: Arahan Kerja Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan Secara Kendiri (SeCHRA).
Semua aktiviti di bawah anjuran JKKP ini bertujuan memastikan para pengguna makmal memahami keperluan dan mengaplikasi mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Peserta yang hadir di dalam latihan ini terdiri daripada 41 kakitangan dan 19 pelajar untuk latihan daftar bahan kimia, dan bagi latihan SeCHRA pula seramai 49 kakitangan dan 5 pelajar termasuk pelajar yang menjalani latihan industri di UMBI.
Penganjuran sesi latihan ini dilihat dapat menerapkan budaya tempat kerja selamat kepada semua pengguna.
Oleh: ChM. Nur Nadia Razali
___
SDG 3 | SDG 4 | SDG 16
SDG Keywords: Health | Wellbeing | Education | Safe work | Productivity | Knowledge sharing