Latihan Pengendalian Tangki Cecair Nitrogen (LN2)

12 November 2025 (Rabu) – Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI), melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dengan kerjasama Projek The Malaysian Cohort, telah menganjurkan Latihan Pengendalian Tangki Cecair Nitrogen bertempat di Auditorium UMBI. Latihan tersebut berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 4.00 petang.Objektif utama latihan ini adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kemahiran kakitangan UMBI dalam mengendalikan tangki cecair nitrogen, di samping memberikan pendedahan mengenai amalan kerja selamat ketika mengendalikan bahan kriogenik tersebut. Cik Nur Fatin Liyana Binti Ahmad Alili daripada Syarikat LINDE Malaysia telah dijemput sebagai penceramah bagi sesi ini.
Seramai 35 orang peserta, terdiri daripada kakitangan UMBI, kakitangan The Malaysian Cohort serta pelajar telah menghadiri program ini. Antara pengisian yang dikongsikan termasuklah topik berkaitan Pemeriksaan Pra-Pengisian, Penyediaan Peralatan dan PPE, Prosedur Pengisian, Pemeriksaan Semasa Pengisian, serta Penutupan Operasi dan Pelabelan. Selain itu, peserta turut diberikan penerangan mengenai langkah-langkah pencegahan risiko keselamatan seperti kecederaan frostbite, lecuran sejuk, sesak nafas akibat atmosfera rendah oksigen, serta cara mengurangkan risiko kebocoran atau letupan kecil akibat tekanan berlebihan.
Para peserta memberikan maklum balas yang sangat positif dan latihan ini berjaya mencapai objektifnya dengan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran kakitangan UMBI dalam pengurusan serta pengendalian tangki cecair nitrogen.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam tugas harian dan meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan.

Aktiviti JKKP UMBI 2025:
- Seminar Kesihatan Mental di Tempat Kerja (Gangguan Seksual)
- Seminar Ergonomik Pintar: Cegah Sakit Leher & Tulang Belakang Anda
- Ceramah Kecederaan Tusukan tajam (Sharp Injury)
- Ceramah Kesihatan Mental di Tempat Kerja
- Latihan Alat Pemadam Api UMBI 2025
- Latihan Kawad Kebakaran UMBI 2025
- Latihan Daftar Bahan Kimia dan SeCHRA
- Seminar Pengenalan Pertolongan Cemas (First Aider)
—
SDG 3 | SDG 4 | SDG 8
Keywords: Wellbeing | Decent work | Productivity | Quality of life | Safe work | Education