Lawatan Neoscience Sdn Bhd & BGI/MGI

UMBI telah menerima lawatan dari Neoscience Sdn Bhd dan BGI/MGI bagi membincangkan kerjasama penyelidikan dalam bidang penjujukan genom. Neoscience Sdn Bhd diwakili oleh Dr Rose Ismet dan BGI/ MGI diwakili oleh Sylvia Chang – Chief Representative of SEA dan Sixu Lv, Account Manager & Sales of SEA.

Lawatan diadakan pada 12 Mei 2022, 2.30 petang. Melalui kerjasama dengan Neoscience – MGI, UMBI telah melakukan penjujukan genom dan eksom ke atas sampel pesakit kanser dan juga hiperkolesterolemia.