Lawatan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang ke UMBI

1 Julai 2022 – UMBI telah menerima lawatan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang. Rombongan seramai 35 orang pelajar dan 5 orang pensyarah pengiring hadir di Auditorium UMBI jam 8.30 pagi. Sesi lawatan dimulakan dengan ucapan aluan dan penerangan oleh Pengurus Makmal – En. Mohd Raziff Alias yang juga merupakan wakil Pengurusan Tertinggi UMBI. Rombongan telah dibawa ke makmal-makmal penyelidikan di UMBI. Lawatan ini dianjurkan oleh Sekretariat Rakan STEM IPGK Pulau Pinang.

 

Foto : https://photos.app.goo.gl/kZAEbwKj93BjavJP8