Lawatan Institut Penyelidikan Perubatan Molekul USM (INFORMM) Kubang Kerian, Kelantan

19 September 2023 – Biobank UMBI telah menerima lawatan daripada Institut Penyelidikan Perubatan Molekul USM (INFORMM) Kubang Kerian, Kelantan. Delegasi ini telah diketuai oleh Dr. Noor Fatmawati Mokhtar (Penyelaras INFORMM KK), Dr. Khairul Mohd Fadzli Mustaffa (Timbalan Penyelaras Makmal), Dr. Mohamad Hafiznur Yunus (Pegawai Penyelidik), Puan Basyirah Ghazali (Penolong Pegawai Sains) dan Puan Nur Fatihah Mohd Zaidi (Juruteknologi Makmal Perubatan).

Lawatan dimulai dengan sesi taklimat dan pengenalan ringkas berkaitan pengurusan dan pentadbiran Biobank UMBI oleh Timbalan Pengarah UMBI Dr. Chin Siok Fong, dan turut dibantu oleh Timbalan Pengurus Makmal UMBI, Dr. Ryia Illani. Pengarah UMBI, Prof. Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad turut hadir bagi menyambut kehadiran delegasi INFORMM. Delegasi seterusnya di bawa melawat ke Biobank UMBI untuk melihat secara lebih dekat semua kemudahan dan prasarana yang telah dibangunkan oleh UMBI sejak mula Biobank beroperasi pada tahun 2005.

Objektif lawatan ini adalah untuk mempelajari tentang pengurusan Biobank UMBI, terutama dari aspek kemudahan, pengumpulan, etika dan biokeselamatan, serta pemprosesan, penyimpanan sampel dan pengurusan rekod. Program seumpama ini merupakan suatu inisiatif dan platform Biobank UMBI dalam berkongsi ilmu serta pengalaman kepada warga penyelidik luar khususnya dalam membangunkan sesebuah biobank. Diharapkan lawatan ini dapat menambah ilmu dan berkongsi informasi yang berguna kepada delegasi INFORMM dalam menyediakan keperluan penyelidikan di masa hadapan. Sesi lawatan ini telah tamat tepat pada jam 3.30 petang.

Klik di sini untuk galeri gambar