Lawatan Institute of Medical Molecular Biotechnology (IMMB), Fakulti Perubatan, UiTM Kampus Sungai Buluh

Pada 05.07.2022, UMBI telah menerima lawatan penanda aras daripada Institut Bioteknologi Perubatan (IMMB), UITM. Lawatan yang diketuai oleh Timbalan Dekan Penyelidikan, Fakulti Perubatan UITM, Prof. Madya Dr. Thuhairah Hasrah Abd Rahman dan Pengarah IMMB, Prof. Madya Dr. Heo Chong Chin. Delegasi turut disertai oleh dua orang Pensyarah Kanan, Pegawai Sains, Pengawai Penyelidik serta kakitangan sokongan IMMB. Lawatan dimulakan dengan sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Pengarah UMBI, Prof. Madya Dr. Nor Azian diikuti oleh lawatan ke fasiliti makmal UMBI. Semoga segala input serta pengalaman yang dikongsikan bersama pihak IMMB dapat membantu IMMB menjadi lebih cemerlang di masa hadapan.
Pautan kepada gambar: https://drive.google.com/drive/u/0/folders/13javsHx_EqIr7kUg88zYoyt-gCTHGYLh