Lawatan Kerja Perbadanan Bioteknologi Melaka

4 Julai 2022 – UMBI telah menerima lawatan kerja dari Perbadanan Bioteknologi Melaka (MBC) pada 4 Julai 2022 jam 3 petang. Aturcara dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat pengenalan oleh Prof. Madya Dr. Nor Azian, Pengarah UMBI and ucapan wakil dari MBC Puan Tee Mei Ghee selaku Ketua Pegawai Eksekutif. Objektif lawatan adalah bagi membincangkan peluang kolaborasi penyelidikan dan perkhidmatan makmal di antara kedua-dua institusi. Delegasi kemudian dibawa melawat ke Pusat Rekrutmen Projek The Malaysian Cohort, Makmal Mikroatur (Sequencing) dan Biobank.

Photo : https://photos.app.goo.gl/bVUnPTZKibFiXg9G8


Artikel berkaitan:
Ucapan tahniah – Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal bagi pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bioteknologi Melaka
https://www.ukm.my/umbi/news/ucapan-tahniah-prof-datuk-dr-a-rahman-2/