Lawatan Oleh Profesor Dr. Chee-Onn Leong Dari AGTC Genomics
Antara fokus yang dibincangkan adalah kolaborasi penyelidikan dan perkhidmatan molekular diagnostik terutamanya yang melibatkan kanser dan penyakit jarang jumpa (rare disease). AGTC Genomics mempunyai kelengkapan penjujukan genom tercanggih iaitu Illumina NovaSeq 6000 System dan platform analisis data yang pantas bagi membolehkan data penjujukan genom dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Semoga UMBI dan AGTC Genomics dapat menjalinkan kerjasama penyelidikan di masa hadapan.