Lawatan Pelajar Universiti MAHSA ke UMBI

Pada 20 November 2025, sekumpulan pelajar perubatan dari Universiti MAHSA telah mengadakan lawatan pendidikan ke Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI). Delegasi seramai 26 orang pelajar ini merupakan pelajar daripada Fakulti Bioperubatan dan Fakulti Farmasi.
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan perkongsian terhadap fasiliti termaju institut penyelidikan perubatan di UKM disamping mengetengahkan tahap perkhidmatan penyelidikan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada mereka.

Delegasi yang diiringi oleh 2 orang pensyarah ini telah dibawa melawat ke makmal-makmal UMBI di aras 2 (Makmal Penjujukan), aras 3 (Makmal Mikroatur, Makmal Yayasan Petronas, Makmal Sel Biologi dan Makmal Bioinformatik) dan aras 5 (Makmal Sel Kuktur, Makmal Metabolik dan Makmal Penyakit Berjangkit) dan turut di bawa ke Biobank UMBI yang merupakan biobank terbesar di Asia Tenggara. Sebelum itu, delegasi telah diberikan taklimat ringkas berkenaan latar belakang dan operasi UMBI oleh En. Bisharuzi Omar, Pegawai Sains UMBI (C12). Sesi lawatan diakhiri dengan sesi bergambar dan taklimat akhir.

Diharapkan lawatan ini mencapai objektifnya disamping memberi pengalaman dan ilmu baharu kepada para pelajar yang terlibat, seterusnya dapat terus memberikan ilham dan minat di dalam bidang penyelidikan perubatan.
—
SDG 4 | SDG 17
Keywords: Education, Knowledge sharing