Lawatan Penanda Aras 5S UMBI ke Jabatan Khidmat Pelanggan dan Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik HCTM
22 Mei 2025 – Lawatan ke Zon Contoh Amalan 5S di HTCM adalah salah satu program di bawah anjuran Jawatankuasa Amalan 5S UMBI. Program ini disasarkan kepada semua Penyelaras dan Penolong Penyelaras Aras UMBI. Tujuan lawatan adalah untuk memberi peluang kepada kakitangan UMBI mendapatkan idea dan mencontohi amalan-amalan baik 5S di lokasi luar UMBI. Pemilihan zon lawatan ialah berdasarkan markah tertinggi zon semasa Audit Dalaman HCTM pada tahun 2024.
Tiga zon yang terlibat adalah;
- Zon HPE, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD)
- Zon Mutiara Kasih, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD)
- Zon Prestige, Jabatan Khidmat Pelanggan HCTM
Seramai 18 orang kakitangan UMBI telah terlibat di dalam lawatan ini. Penerangan dan perkongsian telah disampaikan oleh Pn Ainihayati Noordin (Fasilatator zon di JPMD) dan di Jabatan Khidmat Pelanggan pula disampaikan oleh Ketua Jabatan, En. Ahmad Zamri Noordin dan Pn Noor Haiwa Ahmad (Fasilitator).
Selain dapat meningkatkan jaringan dengan warga HCTM, lawatan ini sangat memberi inspirasi kepada kakitangan untuk mencambahkan idea baru dalam pelaksanaan 5S di UMBI. Diharapkan lawatan seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi mengekalkan semangat amalan 5S di UMBI.

Lawatan di Zon Prestige.

Bersama En. Ahmad Firdaus dan En. Hamydy (Jawatankuasa Program Amalan 5S HCTM).

Penerangan oleh Ketua Zon HPE, Norhana A’alamuddin