Lawatan Penanda Aras Amalan 5S

29 September 2022 – Program Amalan 5S UMBI telah mengadakan lawatan penanda aras di Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan, UKM dan Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnotik, JPMD HCTM.Lawatan yang diketuai oleh Ketua Jaminan Kualiti UMBI, Dr Ezanee Azlina Mohamad Hanif dan diiringi oleh Fasilitator Program Amalan 5S UMBI, Puan ChM Nur Nadia Razali. Lawatan turut disertai oleh Felo Penyelidik, Pegawai Sains, Pegawai Penyelidik serta kakitangan sokongan UMBI merangkap ahli 5S di zon UMBI. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat dari Koordinator 5S HCTM, Encik Muhamad Khairi Khalis yang dipengerusikan oleh Puan Norizam Selamt dan Puan Ainihayati Noordin, Koordinator 5S di bangunan Pra-Klinikal, Fakulti Perubatan dan JPMD, HCTM. Program diteruskan dengan lawatan ke fasiliti zon makmal dan zon pentadbiran di kedua-dua lokasi. Segala input serta pengalaman yang dikongsikan bersama kedua-dua pihak dapat membantu Program Amalan 5S UMBI menjadi lebih cemerlang seterusnya dapat dijadikan panduan dalam penzahiran dan perkhidmatan yang lebih berkualiti di UMBI pada masa akan datang.

Oleh: ChM. Nur Nadia Binti Razali, Pegawai Sains UMBI