Lawatan Pro-Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM

YBhg Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro-Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM membuat sesi lawatan tidak rasmi pada 30 Disember 2021 jam 11.00 pagi bertujuan untuk meninjau sendiri PTJ-PTJ di Kampus Kuala Lumpur UKM termasuk UMBI.

Turut serta adalah Dr Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), bersama pegawai dan kakitangan. Lawatan ini memberi peluang kepada warga UMBI berinteraksi secara terus untuk memberikan pandangan serta cadangan keperluan yang boleh ditambah baik berkaitan perkhidmatan dan penyelidikan di UMBI. Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Pro-Naib Canselor atas kesempatan ini

Photo : https://photos.app.goo.gl/kYCpC2BXeYLxj6qF8