
19 Mei 2022. Jabatan Standards Malaysia telah mengadakan lawatan ke Biobank Projek The Malaysian Cohort (TMC), UMBI. Lawatan ini bertujuan bagi persediaan pihak Standards Malaysia ke arah pembangunan pensijilan ISO 20387:2018 Biotechnology – Biobanking yang pertama di Malaysia. Jabatan Standard Malaysia diwakili oleh En. Roslan Alias (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Akreditasi), Pn. Fariza Wan Abdullah (Ketua Penolong Pengarah Kanan -Akreditasi) dan En. Irwan M. Tahir (Penolong Pengarah -Akreditasi).
Manakala Projek TMC, UMBI diwakili oleh Ketua Projek TMC, Profesor Datuk Dr A Rahman A Jamal, yang juga merupakan Felo Utama UMBI bersama pasukan akreditasi MS ISO 15189:2014. Pihak Jabatan Standard Malaysia memaklumkan penerangan serta lawatan ke Biobank TMC UMBI ini amat memberi maklumat yang diperlukan dalam membangunkan skim ISO 20387:2018 Biotechnology — Biobanking. Delegasi Standard Malaysia telah diberi penerangan berkenaan Biobank TMC yang telah mula dibangunkan sejak 2005 dan merupakan Biobank yang terbesar di Malaysia.