Lawatan Universiti OXFORD ke UMBI, UKM

27 September 2022 – Universiti Oxford telah mengadakan kunjungan balas ke UMBI pada 27-29 September 2022 yang lepas. Delegasi Oxford diketuai oleh Prof Dr. Sarah Lewington dan turut disertai oleh Prof. Dr. Fedrik Karpe dan Dr. Jennifer Carter. Lawatan ini bertujuan untuk melawat fasiliti UMBI dan membincangkan kerjasama penyelidikan lain yang boleh dilakukan. Perbincangan penyelidikan juga melibatkan Fakulti lain seperti FPer, FSK dan Fak Farmasi dan berhasil merancang pelbagai inisiatif penyelidikan baharu di antara UKM dan Oxford.

Selain itu, pihak Universiti Oxford juga telah bersetuju untuk turut serta mengajar di dalam program pasca penyeldikan baharu Epidemiologi Genetik (MSc/PhD) yang akan ditawarkan oleh UMBI kelak. Diharapkan usaha ini dapat meningkatkan jumlah pelajar antarabangsa di UMBI dan UKM,amnya. Ketiga-tiga delegasi juga sudi untuk berkongsi ilmu dan kepakaran mereka kepada warga KKL dalam UMBI Guest Lecture Series yang turut dijadualkan dalam sesi lawatan.