Lawatan Yang Berhormat Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita Dan Keluarga, Kerajaan Negeri Selangor

Pada 15 April 2022, UMBI telah berbesar hari menerima lawatan kerja YB EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita & Keluarga, YB. Dr. Siti Mariah binti Mahmud bersama delegasi beliau.
Atur cara lawatan kerja ini dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat pengenalan yang disampaikan oleh YBhg. Prof Datuk Dr. A Rahman A Jamal. Sesi perbincangan bersama UMBI merangkumi usaha sama dan penglibatan UMBI dan HCTM di dalam usaha kerajaan negeri Selangor menjalankan ujian saringan kesihatan, program intervensi dan bantuan kepakaran perubatan kepada rakyat negeri Selangor.
Atur cara diteruskan dengan lawatan ke Pusat Rekrutmen Projek The Malaysian Cohort, Makmal Covid-19 dan Biobank serta sesi bergambar kenangan.

#UMBIsharing
#UKM

Photo : Gambar Lawatan