Lawatan YB Senator Ras Adiba Radzi ke UMBI

Lawatan YB Senator Ras Adiba Radzi ke UMBI pada 13 Julai telah diiringi YBhg Prof Datuk Dr.  A Rahman A Jamal Pro Naib Canselor UKM (Kampus KL) dan YBhg Prof Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM . YB Senator telah melawat Biobank dan Pusat Rekrutmen Projek The Malaysian Cohort, UMBI.

YB Senator Ras Adiba Radzi merupakan Presiden Orang Kurang Upaya (OKU) Sentral, mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan dan penyiaran selama lebih 34 tahun dan telah dilantik sebagi Senator di Dewan Negara mewakili golongan OKU pada 20 Mei 2020 dan kini giat dalam aktiviti turun padang dan berjuang bagi membantu pelaksanaan Akta OKU dan membantu isu-isu inklusiviti dan hak kepada OKU.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690952/mohd-ali-ras-adiba-angkat-sumpah-senator

Galeri gambar: https://photos.app.goo.gl/dkFtbrnAiuP4QwBP8