Majlis Bacaan Yassin dan Kenduri Kesyukuran UWC

Pusat Saringan Kesihatan UMBI/ UMBI Wellnes Center (UWC) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Kenduri Kesyukuran pada 24 Ogos 2020. Majlis ini diadakan bagi menzahirkan kesyukuran terhadap prestasi UWC yang menunjukkan peningkatan yang memberansangkan dari segi jumlah pelanggan dan pendapatan tahunan. Bermula pada Julai 2017 sehingga 2019, UWC telah berjaya menjalankan saringan kesihatan hampir 4,000 orang pelanggan. Walaupun UWC tidak lagi menjalankan pakej saringan kesihatan standard yang ditawarkan dalam tempoh pasca pendamik Covid-19, UWC kini giat menjalankan ujian saringan Covid-19 dari pelbagai agensi bermula Mei 2020.

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat ini telah dipimpin oleh  Ustaz Hasrizal Hasan, Pegawai Agama Pusat Islam UKM KKL. Majlis diteruskan dengan tazkirah yang bertajuk Perkerjaan Satu Ibadah dan kepentingan solat. Majlis telah dihadiri Prof. Datuk Dr A Rahman, Pro Naib Canselor UKM KKL merangkap Felo Penyelidik Utama UMBI, Profesor Madya Dr Nor Azian, Pengarah UMBI serta seluruh warga UMBI, Pejabat Pro VC dan Hospital Pakar Kanak-kanak.

 

Foto: https://photos.app.goo.gl/zFZHASYpgEC2hGFi9