Majlis Meraikan Graduan UMBI 2021

Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) telah menganjurkan majlis bagi meraikan kejayaan pelajar yang bergraduat pada tahun 2021 pada 3 Disember 2021 (Jumaat) jam 10.00 pagi bertempat di Ruang Legar Lobi, Aras G, UMBI. Majlis yang dilaksanakan mengikut SOP ini bertujuan memanjatkan kesyukuran dan merakamkan ucapan penghargaan kepada barisan para penyelia dan pelajar yang telah bergraduat di Majlis Konvokesyen UKM Ke 49 yang lalu. Tahniah kepada Graduan Sarjana UMBI iaitu Tamil Selvi A/P Loganathan, Nur Fazilah Sukor dan Nur’ Syahada Ab Razak. Semoga perkara ini dapat memberikan semangat kepada para pelajar yang lain untuk terus berusaha menamatkan pengajian dan bergraduasi pada tahun-tahun akan datang.