Majlis Meraikan Para Graduan Siswazah UMBI 2020

Majlis Meraikan Para Graduan Siswazah UMBI 2020 telah diadakan pada 5 April 2021 (Isnin) pada jam 2.30 – 4.30 petang bertempat di Ruang Legar Café, Aras 1, Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI). Profesor Madya Dr. Norfazilah Ahmad, graduan Doktor Falsafah dan Encik Muhiddin Ishak graduan Sarjana Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) telah hadir untuk bersama-sama dalam majlis yang disambut secara ringkas dan sederhana dengan SOP yang ketat. Manakala dua lagi graduan sarjana UMBI iaitu Najwa Farhah Md Yusof  dan Siti Hawa Osman tidak dapat hadir berikutan telah mula bertugas. Prof. Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad, Pengarah & Penyelia Pelajar, Dr. Chin Siok Fong, Timbalan Pengarah (Akademik & Antarabangsa), Dr. Ezanee Azlina Mohamad Hanif, Ketua Jaminan Kualiti, Y.Bhg Prof. Datuk Dr A Rahman A Jamal, Felo Penyelidik Utama & Penyelia Pelajar, Dr. Nurul Syakima Ab Mutalib dan Dr. Nadiah Abu, Felo Penyelidik & Penyelia Pelajar Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) telah hadir bersama-sama meraikan graduan pada hari berkenaan.

Photo : MAJLIS MERAIKAN PARA GRADUAN SISWAZAH UMBI 2020