Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-20 UMBI & Hari Raya Aidiladha 2023M/1444H

7 Julai 2023 – UMBI telah menganjurkan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-20 UMBI & Hari Raya Aidil Adha 2023M/1444H secara bersama dengan Majlis Perhimpunan Kakitangan & Sesi Sembang Santai yang bertempat di Lobi Utama UMBI. Majlis yang berkonsepkan ‘Hi-Tea’ dimulakan dengan ucapan aluan Profesor Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad dan diikuti ucapan oleh Pengarah Pengasas UMBI, Profesor Datuk Dr. A Rahman A Jamal. Majlis disemarakkan dengan Gimik sambutan 20 Tahun UMBI acara Memotong Kek 20 Tahun UMBI. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan sambutan Hari Lahir bagi bulan April-Julai 2023.

 

Galeri gambar: Klik di sini